Followers

Thursday, November 10, 2011

Kenapa DIA memilih kita?

Alhamdulillah...hari ini, terasa satu beban di bahu sedikit LAPANG.....biarpun hanya sedikit tapi itulah peluang yang Tuhan berikan pada aku...syukur Tuhan.....sekurang-kurangnya terasa sedikit kelapangan..biarpun hakikatnya masih banyak tanggungjawab yang perlu diuruskan...akan cuba aku selesaikan sebelum "menyerah tugas" kepada yang berhak menerima......
ada satu soalan yang susah aku nak jawab dalam situasi sekarang....soalannya berbunyi..."HUZIANA...ada masalah?" jawab aku ringkas ...saya rasa LAPANG.....hehehe...sesuai ke jawapanku dengan soalan itu...? pun begitu itulah hakikatnya.....memang terasa sedikit LAPANG.....

aku terfikir sendirian, kenapa DIA memilih kita untuk dipertanggungjawabkan dalam sesuatu perkara...? Itulah namanya TAKDIR Qada & Qadar....yang perlu kita terima dengan berlapang dada...andai kita terlalu banyak alasan, terlalu banyak memikirkan perkara2 yang tak sepatutnya, seolah 2 kita bertindak untuk melawan TAKDIR..dalam erti kata lain ,kita tidak REDHA dengan apa yang tersurat dalam hidup kita.....

begitulah takdirnya manusia dalam kehidupan..setiap apa yang berlaku, setiap tanggungjawab yang diamanahkan hendaklah ditempuhi dengan penuh keredhaan..barulah hati lapang dan bersedia untuk menjalankan kerja....susah senang itu adalah cabaran dan asam garamnya.....yang penting perlu jujur dan amanah....Jujur dan amanah itu titik tolak kepada kejayaan melaksanakan tanggungjawab.....aishhh...walaupun sukar, walaupun perit, mengalir air mata, terguris perasaan ...itulah dia asam dan garamnya..... teringat aku sebuah hadis...hadis ini selalu dibaca oleh seorang murabbi ku sewaktu menuntut di medan ilmu.....Daripada Abdullah Bin Mas’ud, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Menyertai perang fisabilillah akan menghapus segala dosa kecuali amanah. Amanah itu ada dalam solat. Amanah juga ada dalam puasa. Amanah juga ada dalam percakapan. Maka amanah yang paling berat adalah menyimpan sesuatu yang telah diamanahkan”.







Berat...memang berat....tapi yang berat akan jadi ringan sekiranya kita sentiasa Redha dan berlapang dada...juga yang penting kita saling berkerjasama.....itu yang penting...apa yang penting...kerjasama...bak kata wonder pets.....hehehehee.....
Pasti ada sebab mengapa kita yang dipilih kan....renung2kan....
Dalam hidup ini...jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut. Bahagia tidak datang secara percuma, bahagia juga bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.
Kebahagiaan perlu diusahakan....

♥♥ Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan......♥♥ kopipes ...
juga sedikit renungan dari Dr. MAZA:
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..


Tuesday, November 8, 2011

Tinggalkan Jejak yang Berkesan

sekian lama tidak menjenguk blog..kesibukan membatasi segala keinginan dalam hati.....entry malam ni..sebenarnya x tau Aku nak taipkan apa...terlalu banyak perkara yang berlaku tanpa terlintas di benak fikirku...pun begitu, terlalu banyak "rasa" yang terpendam di jiwa....diluah mati emak, ditelan mati bapak"...sesuai ker....erm..."Di Telan Pahit..di Buang Sayang..."mungkin itu lebih sinonim dengan jiwa ragaku akhir-akhir ini...
akhir-akhir ini, dapat dirasakan, masa terlalu pendek untuk dihabiskan bersama keluarga...kesibukan kerja menjadikan aku terlupa seketika kualiti waktu yang selalu aku kejar2kan....tetapi kesibukan kerja itu juga seolah2 terapi bagi diriku dlm mengharungi masalah hidup.... :( ...feel so sad bila bercakap tentang masalah hidup...semua org ada masalah hidup...x kan lepas dan tidak boleh lari, cuma bezanya adalah "masalah" itu sendiri dan cara mengatasi. ramai manusia hari ini menghabiskan sisa hidupnya bergelumang dengan masalah, tanpa memikirkan jalan penyelesaian. ada juga manusia yang sentiasa lari dari masalah, pun begitu dia masih tidak terlepas...ada juga manusia yang sengaja mencari masalah....mungkin sebagai terapi jiwa...masing2 punya pandangan dan persepsi sendiri dengan masalah ni...dan aku pulak....setiap masalah pada aku ada sebab musababnya...ada lah jalan penyelesaiannya..mungkin jalan itu baik untuk kita, tidak untuk org lainnya...mungkin juga baik untuk org lain, tapi tidak untuk kita...pun begitu, kita seharusnya REDHA untuk menerima segala2nya...dengan hati yang lapang...dengan keredhaan dan pasrah padaNya...mana tahu masalah itu hanyalah UJIAN dariNya untuk menguji kita...mana tau juga masalah itu merupakan tanda KASIH SAYANG NYA pada hambaNya yang lemah....kita sering terlupa, TUHAN itu sentiasa adil pada hamba2Nya....
Title posting aku malam ni adalah ayat feberet yang memang dr aku sekolah lagi...sentiasa aku pegang ayat tersebut.....TINGGALKAN JEJAK YANG BERKESAN....mudah dan senang difahami...tersirat dan tersurat seribu makna.....demikian juga dengan isi entry aku mlm ni...setiap masalah pdku harus kita tinggalkan sedikit jejak yang berkesan...jangan terus d delet6ekan setiap masalah yang telah diselesaikan...mana tahu, akan datang UJIAN yang Allah turunkan untuk kita memerlukan pengalaman seperti yang telah dan pernah kita lalui....tuhan pandulah aku..berikan aku kekuatan....

Friday, October 7, 2011

Bila aku Jatuh CINTA

ALLAHu Rabbi aku minta izin

Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

ALLAHu Rabbi
Aku punya permintaan
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

ALLAHu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

ALLAHu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

ALLAHu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu…
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu