Followers

Thursday, November 10, 2011

Kenapa DIA memilih kita?

Alhamdulillah...hari ini, terasa satu beban di bahu sedikit LAPANG.....biarpun hanya sedikit tapi itulah peluang yang Tuhan berikan pada aku...syukur Tuhan.....sekurang-kurangnya terasa sedikit kelapangan..biarpun hakikatnya masih banyak tanggungjawab yang perlu diuruskan...akan cuba aku selesaikan sebelum "menyerah tugas" kepada yang berhak menerima......
ada satu soalan yang susah aku nak jawab dalam situasi sekarang....soalannya berbunyi..."HUZIANA...ada masalah?" jawab aku ringkas ...saya rasa LAPANG.....hehehe...sesuai ke jawapanku dengan soalan itu...? pun begitu itulah hakikatnya.....memang terasa sedikit LAPANG.....

aku terfikir sendirian, kenapa DIA memilih kita untuk dipertanggungjawabkan dalam sesuatu perkara...? Itulah namanya TAKDIR Qada & Qadar....yang perlu kita terima dengan berlapang dada...andai kita terlalu banyak alasan, terlalu banyak memikirkan perkara2 yang tak sepatutnya, seolah 2 kita bertindak untuk melawan TAKDIR..dalam erti kata lain ,kita tidak REDHA dengan apa yang tersurat dalam hidup kita.....

begitulah takdirnya manusia dalam kehidupan..setiap apa yang berlaku, setiap tanggungjawab yang diamanahkan hendaklah ditempuhi dengan penuh keredhaan..barulah hati lapang dan bersedia untuk menjalankan kerja....susah senang itu adalah cabaran dan asam garamnya.....yang penting perlu jujur dan amanah....Jujur dan amanah itu titik tolak kepada kejayaan melaksanakan tanggungjawab.....aishhh...walaupun sukar, walaupun perit, mengalir air mata, terguris perasaan ...itulah dia asam dan garamnya..... teringat aku sebuah hadis...hadis ini selalu dibaca oleh seorang murabbi ku sewaktu menuntut di medan ilmu.....Daripada Abdullah Bin Mas’ud, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Menyertai perang fisabilillah akan menghapus segala dosa kecuali amanah. Amanah itu ada dalam solat. Amanah juga ada dalam puasa. Amanah juga ada dalam percakapan. Maka amanah yang paling berat adalah menyimpan sesuatu yang telah diamanahkan”.







Berat...memang berat....tapi yang berat akan jadi ringan sekiranya kita sentiasa Redha dan berlapang dada...juga yang penting kita saling berkerjasama.....itu yang penting...apa yang penting...kerjasama...bak kata wonder pets.....hehehehee.....
Pasti ada sebab mengapa kita yang dipilih kan....renung2kan....
Dalam hidup ini...jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut. Bahagia tidak datang secara percuma, bahagia juga bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.
Kebahagiaan perlu diusahakan....

♥♥ Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan......♥♥ kopipes ...
juga sedikit renungan dari Dr. MAZA:
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..


No comments:

Post a Comment