Followers

Monday, December 26, 2011

SEMPENA AKU jejak ke 33

Assalamualaiikum WBK...lama tak menjenguk blog...kesibukan bercuti di kampung halaman...kesibukan memulakan kerja yang telah tertangguh sekian lama...hari ini terasa ingin memulakan entry dengan perasaan berbunga riang...baru sebentar menerima SMS dari incik HUBBY...erm...walaupun ringkas, cukup mendalam kata2nya menyampaikan UCAPAN hari lahir...terima kasih atas ingatan....atas perhatian...
Paling buat hati gembira bila tahun ni saya menerima panggilan telefon dr seorang rakan yang jauh...lama tak berhubung...juga menyampaikan salam sempena hari lahirku...menitis air mata...masih ada yang ingat rupanya...itulah kekuasaan ALLAH...mampu menggerakkan hati siapa sahaja untuk kembali mengingati antara satu sama lain...juga membuatkan saya kembali mengingati zaman2 persekolahan..indahnya tiada siapa dapat meluputkan nya dr ingatan...terima kasih teman...for a very sweet moment in my life...ever.....♥♥♥ semoga TUHAN merahmati persahabatan ini kekal hingga ke SYURGA.....

dalam menjalani kehidupan selama 33 tahun ini, pelbagai ujian yang ALLAH turunkan semata2 untuk melihat sejauh mana kemampuan dan kekuatan diri saya untuk menghadapinya..memang seringkali bila di uji, terasa diri serba kekurangan dan lemah, terasa jauh jatuh terpelosok mengenangkan takdir yang tertulis, tapi itulah namanya UJIAN...saya sentiasa memujuk hati moga2 ujian yang menimpa diri samada positif ataupun negatifnya harus saya berlapang dada menerimanya serta sentiasa berusaha memahami maksud takdir ALLAH itu...teringat satu ayat " we can't direct the wind, but we can adjust our sail"..kemudi dalam menjalani kehidupan ialah HATI... 

"hati yang sifatnya berbolak balik terutamanya apabila diuji hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat KASIH SAYANG, KEAMPUNAN dan sifat PEMURAHnya ALLAH tetap bersama-sama kita apabila diuji...dalam apa jua takdir yang ditimpakanNya ke atas kita bermaksud baik, sekalipun kelihatan buruk, walaupun kadangkala kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya PASTI ada.....".....

No comments:

Post a Comment