Followers

Friday, November 25, 2011

Jauh aku berprasangka...

السلام عليکم.....الحمدلله

memulakan bicara rasa dengan memuji kebesaranMu Ilahi....
...Tuhan sentiasa menguji sejauh mana keimanan hambaNya....adakah sejengkal cuma..atau panjang berdepa...adakah berterusan istiqamahnya atau sekadar di angin lalu...
melalu hari2 yang penuh dengan ujian ini kekadang membuat aku hidup dengan berprasangka...pada apa yg ada di sekeliling.....Allah Ya Rabb...bukan keinginan aku utk meletakkan prasangka itu pd ketika hati gundah terasa...tp mungkin nipis imanku melayang di saat Kau turunkan ujianMu...

Peristiwa2 yang berlaku bagai satu rentetan yang berkait rapat..bertali arus menyusuri insan yg lemah seperti aku....namun aku mula tersedar ada hikmah yang BESAR di sebalik kejadian2 itu...Tuhan...terima kasih menyedarkan kelalaian ku dalam mengemudi kehidupan....

benarlah kata orang...Tuhan berikan kita sahabat di saat kita sgt2 memerlukan...ada yg datang sebagai sahabat yg IKHLAS menghulur bantuan, 
namun ada yang hadir sekadar untuk menjadi singgahan cuma...
ada juga yang muncul untuk mengambil kesempatan...
Namun Tuhan...aku mula menyedari, 
betapa peluang yang Kau berikan telah menjarakkan aku pada 
dosa-dosa yang menyinggah....

Ujian mengemudi kehidupan bersama SAHABAT benar2 membuka mata aku
agar lebih berhati2. Tidak semua manusia di dunia ini yang sanggup menjadi sahabat setia dalam segenap hal.

jauh aku berprasangka...pd manusia yg berada dekat denganku...pd insan yang berada jauh di mataku...pada mu Tuhan yang mengetahui segala-galanya....
hari ini, prasangka ku padaMu Tuhan menemukan jawapan...berpesan seorang sahabat di saat aku meraba mencari jalan....
"sebenarnya Allah sedang memperkenankan doa kita sbb tu diberinya ujian, krn tabah tak diletak segedebuk dlm ati kita..tp diletak bsama2nya dugaan ini. perlahan2 kita atasi dgn cara yg bijaksana..." di saat itu berderai airmataku...betapa aku terlupa kekuasaanMu yang sentiasa ada bersama hambaMu yang lemah...

Ya Rabb....
Ampunkan aku..terimalah taubatku...kuatkan semangatku....dampingkan aku dengan SAHABAT yang benar2 Engkau muliakan hidupnya.....agar jalan dan laluanku juga sama sepertinya....Amin....

Tuesday, November 15, 2011

HATI SEORANG WANITA

 
Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya…

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….

Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..

Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!